LIBRARY SERVICES
Sirkulasi
Perkhidmatan ini meliputi pendaftaran keahlian, pinjaman/pemulangan serta tempahan bahan. Semua warga ISM diwajibkan mendaftar sebagai ahli Pusat Sumber bagi membolehkan mereka meminjam bahan bacaan.
Pertanyaan
Rujukan
Kesedaran
Maklumat Semasa dan Terpilih
Perkhidmatan ini ditawarkan melalui penyediaan perkara-perkara berikut:
(a) Edaran Artikel Majalah/Jurnal Terpilih melalui e-mel dan media sosial kepada warga ISM.
(b) Edaran Senarai Sinopsis Bahan Bacaan Terpilih Pusat Sumber melalui e-mel kepada warga ISM dan KPWKM.
(c) Edaran poster ‘Cakna Bahasa’’ melalui media sosial Pusat Sumber ISM
(d) Pameran buku baharu.
Pinjaman
Berkelompok PNM
Perkhidmatan
yang ditawarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi menampung koleksi
bahan bacaan kepada perpustakaan/ institusi / jabatan yang tiada peruntukan
tetap untuk perolehan buku yang besar.
Pinjaman Antara Perpustakaan
Pusat Sumber ISM
memberikan perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan melalui perkhidmatan Inter
Library Loan (ILL) menerusi Sistem Katalog Induk Kebangsaan (KIK) milik
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Melalui perkhidmatan ini warga ISM boleh
meminjam bahan bacaan daripada perpustakaan lain melalui Pusat Sumber ISM tanpa
perlu ke perpustakaan tersebut.
Pendidikan
Pengguna dan Literasi Maklumat
Perkhidmatan ini diadakan bagi membimbing dan meningkatkan tahap literasi maklumat pengguna dalam mencari bahan serta maklumat yang sahih, tepat dan terkini.
Permohonan
ISBN dan ISSN
Pusat Sumber ISM memberikan perkhidmatan untuk membantu Pusat Pengajian/Unit mendapatkan nombor ISBN/ISSN daripada Perpustakaan Negara Malaysia bagi setiap penerbitan ISM yang akan diterbitkan. Perkhidmatan ini adalah secara percuma kepada penerbit jabatan/agensi kerajaan dan swasta.

