PENGENALAN

Pusat Sumber dan Dokumentasi (PSD) ditubuhkan pada tahun 2002 selari dengan penubuhan Institut Sosial Malaysia (ISM). PSD merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP). PSD ditubuhkan bagi menyokong kemudahan penyelidikan, pembelajaran, rujukan dan latihan yang dianjurkan oleh ISM.  PSD berperanan menyediakan pelbagai koleksi bahan rujukan serta bahan penyelidikan khususnya dalam bidang kerja sosial kepada semua pegawai dan kakitangan ISM serta kepada peserta kursus yang berkhidmat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan agensi-agensi di bawahnya. Sehingga tahun 2025, jumlah koleksi bahan Pusat Sumber ISM adalah sebanyak 16,064 naskhah.


FUNGSI

    (a) Membangunkan, mendokumentasi dan menyelenggara bahan-bahan Pusat Sumber.

    (b) Menyediakan sumber rujukan berkaitan bidang latihan, penyelidikan dan pembangunan kerja sosial.

    (c) Menyediakan perkhidmatan sirkulasi, rujukan dan kesedaran semasa.

    (d) Merancang, menyelaras dan melaksanakan program galakan membaca dan aktiviti pembudayaan ilmu.